Minyak kelapa dara atau minyak kelapa murni adalah makanan yang selamat dimakan dan telah didaftarkan dalam Generaly Regarded as Safe (GRAS), di bawah Badan Pengawas Obat dan Makanan (US FDA) yang merupakan sebuah badan yang mengawasi keselamatan makanan dan obat di Amerika Serikat dan negara barat. Minyak kelapa murni telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal, ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara akan cair pada paras 25 darjah celcius ke atas, begitu juga pada suhu kamar yaitu dalam 28 darjah celcius ke atas. Sementara suhu badan normal manusia adalah 38 darjah celcius, maka pada suhu ini minyak kelapa dara tentunya berada dalam keadaan cair (tidak beku) dan insyaallah ia tidak akan menyumbat saluran darah seperti yang dituduhkan selama ini.


Di dalam tubuh , asam laurat akan diubah menjadi senyawa monolaurin, sementara asam kaprik pula diubah menjadi monokaprin, keduanya bersifat anti virus, anti bakteri dan anti protozoa, dan sekarang dikembangkan pula untuk melawan virus HIV/AIDS, yang mana kebanyakan virus dan bakteri ini dilindungi oleh lapisan lemak eksternal yang mempertahankan keberadaan DNA mereka. Minyak kelapa mampu menghancurkan lapisan lemak eksternal tersebut untuk membunuh DNA virus dan bakteri.

Minyak kelapa juga bisa diambil oleh ibu hamil kapan saja, setiap saat. Terutama apabila menghampiri waktu kelahiran. Karena VCO ia mampu mengkatkan metabolisme ibu, juga membuat kulit bayi dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin dan mengurangi infeksi kuman. Hal ini karena VCO mengandungi medium chain triglyseride (mct) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu, sehingga cocok untuk dimakan anak-anak atau bayi yang sudah putus susu. 'Mct' ini mudah dimetabolisme dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.


Herbal An-Nabaat menghasilkan minyak kelapa dara ini secara hygenis, diproses dari kelapa matang bermutu tinggi tanpa menggunakan haba/panas atau kimia, bahan pengawet mahupun bahan perasa tambahan. Termurah di pasaran dengan harga terjangkau.

Cara menggunakan:
Diminum dua kali sehari. Untuk memastikan keberkesanan pada tingkat yang maksimum, sebaiknya VCO diminum satu jam sebelum makan, perbanyakkan minum air putih (7 sampai 11 gelas sehari seperti yang telah disarankan oleh dokter) dan amalkan meminum minyak kelapa murni ini secara teratur setiap hari..
  • Dewasa: 1 sendok besar, 2 kali sehari
  • Anak 5-12 tahun: 1 sendok kecil, 2 kali sehari
  • Anak 1-5 tahun: ½ sendok kecil, 2 kali sehari
  • Aanak 5 bulan-1 tahun: Titiskan 4-6 titis ke dalam susu
Kandunganya:
  • Asam Laurik 50%
  • Asam Miristik 18%
  • Asam Palmitik 10.5%
  • Asam Kaprilik 6.1%
  • Asam Kaprik 5.9%
  • Asam Oleik 7.5%
Khasiat minyak kelapa dara:
  • Meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan dan metabolisme tubuh, fungsi kelenjer tairoid , pencernaan dan penyerapan nutrisi makanan, pertumbuhan sel kulit , rambut dan tubuh manusia.
  • Membekalkan sumber tenaga dengan cepat.
  • Sebagai anti oksidan, virus, bateria, jamur dan parasit.
  • Melembabkan dan melembutkan kulit, mengurangi kesan penuaan dan keriput pada kulit, serta melindungi kulit dari kesan sinar ultra violet matahari.
  • Membakar dan mengurangkan kolesterol, menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan kesan keracunan makanan.
  • Tidak meningkatkan kepekatan platelet dalam darah.
  • Mengurangkan resiko dan kesan penyakit-penyakit kronik, seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis,stroke, asteoporosis, hepatitis a, b, c, sembelit, wasir, maag, ulser perut dalam, flu dan sinusitis, demam, demam dengue berdarah dan malaria, demam campak, cacar air, batuk biasa, asma, pneumonia (radang paru-paru), berbagai jenis kanker, leukemia, sakit gigi dan gusi, penyakit hempedu, herpes syphilis, gonorrhea, psoriasis dan berbagai penyakit kulit, ketombe, pembesaran prostat, infeksi pada mata dan telinga.

    (dari berbagai sumber..)


Nama Popular: Hempedu bumi
Nama Lain: Sambiloto (Indonesia) Hempedu tanah, Pokok cerita, Akar cerita (Malaysia) King of bitter, Creat, Green chireta (Inggeris), Kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China)
Nama Saintifik: Andrographis paniculata
Family: Acanthanceae
Hempedu bumi lebih berupa tumbuhan semak dengan ketinggian di antara 50 sentimeter dan 90 sentimeter. Batangnya mempunyai banyak cabang berbentuk seakan empat segi. Daunnya tunggal bertangkai pendek dan tumbuh pada posisi berhadapan secara bersilang. Pangkal daun dan hujungnya meruncing, manakala tepinya adalah rata. Bahagian atas daun berwarna hijau tua dan bahagian bawah pula hijau muda.

Panjang daun tumbuhan ini ialah di antara dua sentimeter hingga delapan sentimeter, sementara lebarnya di antara satu sentimeter hingga tiga sentimeter. Ia juga mempunyai bunga berbentuk malai yang keluar dari hujung batang atau ketiak daun. Bunga kecil ini berwarna putih dengan sedikit ungu.

Hempedu bumi turut mengeluarkan buah dengan ukuran panjang sekitar 1.5 sentimeter dan lebar 0.5 sentimeter. Pangkal dah hujung buah berbentuk tajam. Apabila masak, buah ini akan pecah membujur menjadi empat kepingan. Biji di dalamnya berwarna coklat muda, agak nipis dan kecil.

Habitat dan pembiakan
Biasanya hempedu bumi tumbuh liar di tempat terbuka, seperti kebun, tepi sungai, tanah kosong yang agak lembab atau pekarangan rumah. Ia tumbuh di dataran rendah di bawah 700 meter dari permukaan laut. Tumbuhan herbal ini membiak melalui biji benih atau keratan batang.

Bahan Aktif
Daun dan cabang hempedu bumi mengandungi lakton terdiri dari deoksi-andrografolit, andrografolit (zat pahit), neu-andrografolit,14-deoksi-11,12-didehidro-andrografolit dan homo-andrografolit.

Tumbuhan ini juga mengandungi flavonoid, alkana, keton, aldehid, mineral (kalium, kalsium, natrium), asam kersik dan damar. Flavonoid banyak pada akar, iaitu jenis polime-toksiflavon, andrografin, panikulin, mono-O-metilwithin dan apigenit-7 serta 4-dimetileter. Bahan aktif andrografolit terbukti berkhasiat bagi melindungi sel hati.

Khasiat
Tumbuhan herbal yang terkenal dengan rasa pahit ini juga mengandungi unsur anti bakteria dan anti radang. Dengan kandungan bahan aktif tertentu yang ditemukan di dalamnya. Ia dipercayai mampu meredakan demam, menghilangkan panas dalam badan dan menjadi penawar racun.

Melalui kaedah ramuan yang tepat, tumbuhan ini turut dipercayai mampu merawat hepatitis, jangkitan saluran hempedu, tipoid dan selesema, radang tonsil, radang paru-paru, radang saluran nafas radang buah pinggang akut, radang telinga tengah dan radang usus.

Ia juga dipercayai mampu merawat sakit gigi, malaria, kencing bernanah, kencing manis, batuk, asma, darah tinggi dan kusta. Malah dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya, hempedu bumi dipercayai dapat merawat keracunan akibat cendawan, ubi kayu dan makanan laut. Tumbuhan ini juga dipercayai berkeupayaan merawat kanser dan penyakit yang ada kaitan dengan kehamilan dan tumor.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

Cara Menggunakan
Hempedu bumi boleh dituai ketika ia berbunga. Bersihkan, kemudian potong kecil kemudian keringkan.

Kegunaan dalaman:
Rebus di antara 10 gram dan 20 gram hempedu bumi kering, atau giling sehingga halus menjadi tepung kemudian dicampur dengan air hangat. Minumlah seduhan herbal ini di antara tiga hingga empat kali sehari.

Bagaimanapun, lebih baik jika mendapatkan nasehat pakar perubatan herbal atau dokter terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesehatan anda, jika mahu menggunakan herba ini untuk kegunaan dalaman.

Kegunaan luaran:
Rebus hempedu bumi yang masih segar kemudian gunakan air rebusan itu, atau giling herbal ini sehingga halus kemudian tempelkan pada anggota badan yang sakit seperti digigit binatang berbisa, gatal-gatal atau bisul.

Komersial
Dengan pelbagai khasiat yang ada pada tumbuhan berubat ini, usaha penelitian dan pengembangan (R&D) serta pengkomersilannya patut ditingkatkan lagi.
 
Dari berbagai sumber


Matlamat kami ialah untuk dapat menyediakan pengobatan alternatif dengan menggunakan bahan 100% bahan herbal alami, yang selamat dan halal serta berkesan untuk dikonsumsi oleh masyarakat.

Dr. Nurmawati Syakroni Apt. Ph.D telah menghasilkan 81 ramuan herbal, yang diramu dari 125 jenis tanaman herbal alami. Setiap ramuan mempunyai khasiatnya yang tersendiri secara tradisional.

Khasiat ramuan-ramuan tersebut antaranya sebagai pengobatan alternatif secara tradisionalnya dapat membantu merawat penyakit-penyakit seperti berikut:

Kolesterol, Darah Tinggi, Diabetes, Stroke, Jantung, Hepatitis B, Leukemia, Kanker, Kista, Polyp, Batu Ginjal, Batu Hempedu, Maag dan Penyakit Lambung, Wasir, Hernia, Asam Urat, Prostat, Tenaga lelaki, Impotensi, Belum mendapat Anak, Melancarkan Haid, Selepas Bersalin, Tambah Air Susu, Merapatkan kewanitaan, Keputihan, Menopause, Migrain, Sinusitis, Asma, Batuk, Flu, Demam, Penyakit Tangan, kaki & Mulut, Angin di dalam badan, Insomnia, Stress, Kecerdasan, Ketagihan Rokok & Narkoba, Penyakit-penyakit Mata, Hiv & Aids, Psoriasis, Ekzim, Vitiligo, Tiroid, Filariasis, Athritis, Epilepsi, Thalasemia, Menyuburkan Rambut, Diare, Tambah Selera makan dan lainnya.

Bagi anda yang mempunyai masalah kesehatan yang terpencil, yang mungkin tidak tercantum di sini, anda boleh konsultasikan masalah kesehatan anda itu kepada Dr. Nurmawati Syakroni bagi mendapatkan satu ramuan baru dan khusus untuk penyakit tersebut.

Untuk pertanyaan boleh hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

Atau anda juga boleh membuat temujanji..
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari : Senin - Minggu
8.00 - 18.00 (WIB)

Waktu Rehat:
Setiap masuk waktu Solat
20 - 30 menit

Di Malaysia:
RUMAH SIHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI APT. PH.D)
Lot 2445-F, Jenderam Hilir
Bt 26 Bt 30 Jln Kajang Dengkil
43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : +6019-3917945

Blog: www.an-nabaat.blogspot.com (Malaysia)


Sewaktu Viagra pertama kali diperkenalkan, banyak yang tertarik untuk mencubanya, khususnya di kalangan kaum pria. Berapa pun harganya tidak menjadi masalah, yang penting hanyalah bagaimana kehidupan seksual mereka dapat berlangsung lebih baik. Mereka bahkan berani mengabaikan sejumlah informasi tentang resiko serta kesan sampingan penggunaan Viagra ini.

Alam kita sebenarnya kaya dengan tumbuhan yang menyediakan alternatif lain bagi menyembuhkan berkenaan masalah seksual ini tanpa harus melibatkan unsur sintetik. Antara tumbuhan herbal ini ialah Jahe Merah.


Jahe Merah merupakan sejenis jahe tapi ia berwarna merah. Bentuk pohonnya adalah sama dengan jahe biasa (yang biasa digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah. Aromanya sama seperti bau jahe biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki khasiat penyembuh ialah rimpang atau akarnya.


Jahe merah mengandung 2,50—3,90% minyak asiri yang terdiri dari senyawa zingiberin, kamfena, lemonin, zingiberen, zingeberal, gingeral dan shogool. Bukan itu sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asam organik, asam malat, asam aksolat, gingerin, dan oleoroksin.

Khasiatnya
Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah terhambat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, asam urat dan badan mudah letih. Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan jahe merah.

Selain itu rimpang jahe merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan flu, serta meningkatkan kualitas kehidupan seksual.

Untuk mengobati batuk kering dan perut mulas, jahe merah dapat dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menempelkan jahe merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuhi sedikit garam dan seterusnya ditempelkan pada luka tersebut.

Pengganti Viagra
Tanpa melalui proses sintetis, jahe merah sememangnya sudah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1,8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan karena ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe merah dengan lengkuas, mengkudu, merica, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, jahe merah dan merica. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini disaring hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian aduk sampai rata.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian
aduk sampai rata dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Kami sendiri di Herbal An-Nabaat juga menyediakan "Ramuan Khusus" untuk mereka yang menghadapi masalahan kesehatan berkenaan seksual seperti meningkatkan ghairah seksual, masalah kesuburan dan impotensi.

Dari pelbagai sumber

Hubungi Kami

"Apakah anda punya masalah kesehatan? seperti kanker, kista, asam urat, diabetes, darah tinggi atau masalah kesehatan yang lain? Sementara anda juga sudah puas berobat ke Dokter/Rumah Sakit?"

"Di sini kami ingin membantu anda. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berhasil sembuh.. Bagaimana pula dengan anda?

Untuk pertanyaan atau konsultasi kesihatan,
hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945 (call/sms/whatsapp)

Atau hubungi wakil kami di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@gmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)

Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau
Indonesia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/Rbzs39TPzau

WAKTU OPERASI:
Setiap Hari: Senin - Ahad
8.00 - 18.00 (WIB)

Video Herbal An-Nabaat